BERAPA YANG JENGUK??

SELAMAT DATANG KE KEDAI ONLINE AL AMIN


Dapatkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan di Kedai Online Al Amin. Insyaallah kami akan update setiap produk kami.


Sila like kami di Facebook 'KEDAI ONLINE AL AMIN' untuk mengetahui lebih cepat mengenai stok produk kecantikan dan kesihatan yang di update.


Terima kasih atas kunjungan anda di blog, facebook dan instagram Kedai Online Al Amin. Terima kasih juga kerana telah membeli-belah dengan kami.


-----------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN!!!


PROMOSI BERMULA PADA 3/11/2014 HINGGA 9/11/2014. DAPATKAN PRODUK YANG ANDA INGINI DENGAN HARGA MURAH.


-----------------------------------------------------------------------------------


Malaya Beard Oil dan Best Slim kehabisan stok. So sorry ye. Nanti dah restok, kami update okay. :)



LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHALIMIN



Ucaplah dan hafalkanlah

Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzhalimin

Maksud : “Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.


diwaktu anda berasa dalam kesusahan atau merasa gelisah.

---------------------------------------------------------------------------------

Kenapa masih lagi berasa gelisah walaupun dah lafazkan berjuta kali doa tersebut? Selalu kita dengar orang kata, bila ditimpa musibah atau diuji, lafazlah doa yang Nabi Yunus A.H. lafazkan. Tapi fahamkah anda dengan apa yang dilafazkan? Siapakah orang-orang yang zalim? Apa yang dimaksudkan dengan orang yang zalim?

Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.
Jiwa terhimpit sempit kerana puncanya hanyalah satu iaitu tidak mahu redha dengan Allah SWT. Kita tidak mampu menerima sepenuhnya apa yang berlaku pada diri kita yang ditakdirkan Allah.
Lalu kita tidak memohon tetapi sekadar menyatakan pada Allah keadaan diri kita dengan harapan kita memperolehi belas kasihan Allah dengan menguatkan jiwa kita agar mampu redha dengan Allah SWT.

Marilah, kita lafazkan pada Allah,
“Ya Allah Tiada apa pun yang berhak sebagai Tuhan melainkan Engkau ya Allah dan Sungguh ya Allah, aku ini adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Yang menzalimi diriku sendiri ya Allah dengan tidak berserah kepadaMu ya Allah.
Ya Allah aku mohon ya Allah agar diperkuatkan jiwa ini ya Allah, diberi petunjuk ya Allah. Kuatkan jiwa ini agar mampu berserah ya Allah. ya Allah………… ya Allah……….. ya Allah……”
Semoga diri kita mampu keluar dari golongan orang yang menzalimi diri kita sendiri iaitu hamba yang tidak redha dengan Allah SWT. Amin


#copypaste