Apa itu bedak tanaka?
Bedak ni dinamakan bedak tanaka kerana diperbuat dari kayu Tanaka. Bedak ini mulai terkenal di Malaysia setelah produk ini di rebranding oleh Nora Danish. Memang ramai yang mempertikaikan perbezaan antara bedak tanaka dan bedak tate yang dijual oleh Nora Danish, jawapannya kedua produk adalah dari bahan dan ada packaging yang sama.
Kayu Tanaka diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Sebab itu nampak seperti kita memakai bedak sejuk.
1) Melembut, melicinkan dan mencerahkan kulit muka. .
2) Melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.
3) Menyejukkan kulit
4) Menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh.
5) Merawat Jerawat
6) Menghaluskan kulit
7) Mencerahkan kulit
8) Memudarkan parut jerawat
9) Sesuai untuk kulit sensitif, normal, kombinasi
10) Menghilangkan gatal-gatal badan
Cara menggunakan bedak Tanaka
1) Basahkan muka seperi mengambil wudhuk
2) Sapu bedak Tanaka, terpulang nak tebal mana
3) Biarkan sehingga kering
4) Basuh muka sehingga bersih
Cara 2:
1) Basahkan muka
2) Sapu bedak Tanaka, terpulang nak tebal mana
3) Gosok perlahan-lahan dalam turutan membulat untuk membuang sel kulit mati
4) Basuh muka sehingga bersih