BERAPA YANG JENGUK??

SELAMAT DATANG KE KEDAI ONLINE AL AMIN


Dapatkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan di Kedai Online Al Amin. Insyaallah kami akan update setiap produk kami.


Sila like kami di Facebook 'KEDAI ONLINE AL AMIN' untuk mengetahui lebih cepat mengenai stok produk kecantikan dan kesihatan yang di update.


Terima kasih atas kunjungan anda di blog, facebook dan instagram Kedai Online Al Amin. Terima kasih juga kerana telah membeli-belah dengan kami.


-----------------------------------------------------------------------------------


PERHATIAN!!!


PROMOSI BERMULA PADA 3/11/2014 HINGGA 9/11/2014. DAPATKAN PRODUK YANG ANDA INGINI DENGAN HARGA MURAH.


-----------------------------------------------------------------------------------


Malaya Beard Oil dan Best Slim kehabisan stok. So sorry ye. Nanti dah restok, kami update okay. :)



JOM BINA KEYAKINAN DIRI

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai keyakinan yang tinggi. Tahukah kamu, keyakinan diri yang rendah boleh menyebabkan sesuatu yang ingin dilakukan terbatas. Contohnya, kamu ingin menyertai pertandingan menyanyi, namun risau akan pandangan orang lain terhadap diri kamu.

Keyakinan diri sebenarnya boleh dibina dan digilap. Disini terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda semua yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri. Jom bina keyakinan diri.

1)    Kenal pasti keistimewaan diri
Cuba peka dengan kemahiran yang kamu ada kemudian katakan pada diri sendiri. Contohnya seperti “aku memang minat dan pandai memasak, jadi apa sahaja yang berkaitan dengan dapur aku tahu”. Jika kamu kerap melakukan seperti ini lama kelamaan kamu mempunyai satu keberanian dan keyakinan terhadap diri kamu sendiri.

2)    Pasang azam untuk kejayaan
Mula pasang azam untuk sesuatu kejayaan kerana keyakinan diri juga boleh dijana daripada sesuatu kejayaan selain daripada memotivasikan diri.

3)    Buat sesuatu yang kamu suka & selesa
Bila kamu lakukan sesuatu atas dasar suka dan ikhlas, pasti kamu tidak akan teragak-agak dan secara tidak langsung pasti keyakinan itu akan muncul!

4)    Sebut pekara positive
Elakan daripada berkata sesuatu yang negatif atau mampu menjatuhkan emosi kamu. Cuba yakinkan diri dengan pekara-pekara yang positif seperti “Aku tau aku mesti boleh buat!”.

5)    Percaya pada diri sendiri
Pokok pangkalnya, walaupun kamu senaraikan 10 kebaikan dan kelebihan yang kamu ada tetapi jika kamu tidak mempercayai diri kamu sendiri tiada gunanya. Oleh itu, belajar mempercayai diri sendiri dan kemampuan yang kamu ada.